Pages

Monday 11 July 2011

Mampu

Mampu.Apa itu mampu?
soalan itu bermain didalam fikiran saya apabila melihat seorang lelaki didalam linkungan ayah saya,tengah 60-an yang baru selesai menunaikan solat sunat ba'diah maghrib.Beliau merupakan susuk yang biasa saya lihat di surau,solat menggunakan kerusi kerana masalah Osteoarthritis.Tetapi hari ini berbeza,ia mengetuk hati saya untuk berfikir tentang persoalan mampu.

Kalaulah mampu itu sekadar kekuatan fizikal dan kemampuan material maka kita akan melihat jauh lebih ramai orang muda yang sihat dan berkereta mewah akan berada di masjid, tetapi tidak!
saya telah melihat berapa ramai orang yang kurang berkemampuan dari segi fizikalnya tetapi mereka ini adalah wajah-wajah yang akan dilihat pada setiap waktu solat wajib dan memakmurkan masjid.

Bagi sesetengah mungkin ia bukan perkara besar,terdapat banyak lagi perkara yang jauh lebih 'gah' didalam agama bagi mereka tetapi tidak bagi saya.Terdapat banyak ayat Al-quran dan Hadis yang menyebut tentang kelebihan memakmurkan masjid tetapi hadis ini benar-benar mencuit hati saya

"Apabila kamu melihat akan lelaki yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman". Hadis Riwayat Sahihain

Bagaimana Arrasul S.A.W telah menyuruh kita menyaksikan keimanan mereka yang menlazimkan diri mereka ke masjid.Bukankah pengiktirafan iman merupakan antara perkara terbesar bagi seorang mukmin?

Pilihan

Sungguh,hanya mereka yang dipilih Allah sahaja akan mampu untuk melakukan sesuatu ibadat.Berapa ramai diantara mereka yang mempunyai harta yang banyak,gelaran yang pelbagai dan kereta yang menjalar tetapi masih tidak mampu untuk melaksanakan Haji yang merupakan salah satu dari rukun islam berbanding mereka yang hanya bekerja sebagai pesawah untuk mencukupkan belanja 'naik Haji'.Mereka inilah golongan yang telah dipilih oleh Allah.

"Ia memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya; dan orang yang zalim disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." Al-insan(31)

Persoalan mudah tetapi mempunyai implikasi yang besar bagi orang mukmin.
Kita berdoa moga Allah memilih kita untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang dipilih untuk menerima rahmatNYA